Saturday, August 12, 2017

Cinta Abadi By Jeffri Ramli Official Teaser Release...

Helo helo helooo!!!

Yeahh... Finally official teaser dah keluar... Selepas aku buat sneak-peek kat sini dan cerita sikit tentang asal-usul lagu tersebut...

Dan jugak single tersebut dijangka akan dikeluarkan secara rasminya pada......

18 SEPTEMBER 2017


Preorder boleh didapati di:


(Google Play Music not yet available in Malaysia*)

Aku tau yang kat Malaysia ni tak dapat coverage Google Play Music lagi sebab aku dah test nak tengok camner... Sekali, gini dia bagi aku...


Jadi, diharap korang yang pengguna Android sabar dulu yek biar kitorang fikir camner korang nak buat pre-order atau nak beli single tu nanti... Sabarrr... Sabarrr...

Buat pengguna Apple, boleh la terus click dekat ikon "pre-order on iTunes" atau guna gambar ni sebagai reference agar tak tersilap beli... Hehehe... Support kami tau? Tak mahai, RM 2.90 saje...


Mungkin ada yang macam blur-blur kenapa aku pulak yang beriya promote merata kat blog la apa semua, ni ha sebabnye........ 

Aku sendiri pun antara penulis lirik... Haritu nak cakap 90%, tapi Jeff bising pulak cakap dia pun contribute dekat 30% nak betulkan lirik tersebut, so mengalah la sekejap cakap aku contribute 70% je. Lagipun aku kan PA dia secara tak langsung kat sini... So okey la kot kan PA tolong promote, since kitorang macam tak pasti camner cara yang terbaik untuk promote kat sini. Ye lah, Jeff kat UK, aku kat Malaysia ni memang tak ambik tahu sangat la pasal hiburan. 

Haha... Okey, so Android user, diharap korang dapat la bersabar dulu yerr...

P/s: Sapa-sapa yang nak contact Jeff tapi tak tahu camner nak contact dia, boleh contact aku atau directly contact social media dia...



Tuesday, August 8, 2017

Jeffri Ramli's First Single - Cinta Abadi


Finally... 

Akan keluar nanti. InsyaAllah single dia akan keluar hujung Ogos atau awal September. Bawah ni teaser sikit. Lama dah aku edit sejak-sejak dapat master copy dari Komik Records. Hehe. Lagu ni digubah oleh brader Zairul Addry Komik Records... Liriknya 90% oleh aku... Haa sapa cakap programmer tak jiwang? LOL. Lagi 10% adalah diubah oleh brader Zairul dan juga penyanyi tu sendiri - Abam Jep sador...

EDIT: Sekali penyanyi tu marah daa... Dia suruh bilang dia edit 30%... Hahaa... Apapelaa labuuu 😆😆

Lagu ni basically bercerita pasal pasangan yang dalam situasi long distance relationship... Haa untuk pasangan-pasangan long distance ni, tak kira la berapa jauh pun jarak korang dengan pasangan, lagu ni khas untuk korang semua 😚.

Yang lain-lain tu sebenarnya lagu ni diinspirasikan daripada kisah kawan baik Abam Jep sador itteww...

Kisah kawan dia tu sedih gila... Dah la terpisah antara dua negara... Pastu takleh berjumpa pulak tu untuk lagi dua tahun, kalau tak silap bukan setakat tak boleh jumpa je, malah kekadang komunikasi pun disekat... Punca: hal-hal politik antara negara yang tak dapat dielakkan... Tapi kitorang manipulate lagu ni dengan harapan lepas dua tahun nanti, kawan tu happy ending... Dapat reunite balik dengan isteri dan anaknye... Overall lagu ni lebih-kurang camtu la cerita dia... 

So harap-harap korang nanti enjoy ah lagu ni... Bukan senang woi programmer hati kental macam aku nak tulis lirik penuh emosi camni... 😂😂😂