Tuesday, December 27, 2016

Makcik Mental Dah Kembali Oiii~~!!

Ingat lagi kisah ini?

Hahaha... Dan ye dia masih lagi jadi stalker tegar blog ni. Hey, at least dia tolong generate money untuk aku kot dengan klik blog ni 6785437865 kali sehari. Tazzabar nak tengok nuffnang account aku kembali berduit seperti zaman-zaman dulu. Hihiks! 😁


Tengok laa stats tu... Kalau Malaysia aku tak heran sangat pun sebab mana tau yang melawat tu mungkin nak cari update pasal interview Maxis haritu ke, saja melawat kawan-kawan lama ke... Tapi yang South Korea tu... Walaupun mungkin orang lain pun ada, confirm terselit jugak wanita jiwa kacau tu kan... Haha... Siapa yang tahu, tahu laa... Sejak aku terjebak dalam dunia blog ni, memang sejak azali lagi kalau aku nak cerita benda best-best je aku mention nama. Kalau jenis cari pasal memang aku biar je sapa makan cili, dia rasa pedas mulut, panas bontot.

Sampai pernah laaa "ex-boifren" aku tu kene kacau kan semata-mata nak suruh remove satu post tu... Ala kau berani bising-bising kat mamat tu je... Bukan berani pun nak mesej aku personally suruh remove. Jadi, bukan masalah aku pun. Aku ngaku jugak kadang-kadang posting aku ni ala-ala cyberbully, tapi kau takde bukti pun apape yang aku taip ni ditujukan khas untuk kau. Kalau nak bawak naik mahkamah pun buat kena gelak je sebab beriya sangat konon teraniaya. For your info, apape akta berkaitan multimedia semua aku dah khatam dan aku tahu. Jadi takde isu kat situ. 

By the way pasal wedding tu, biasalah pada warga Malaysia kan famous dengan drama sendu maghrib-maghrib tu... Macam la tak biasa baca kisah putus tunang ke clash ke tapi bila hari nak kahwin, masih jugak proceed nak kahwin 👰. Maklum laa dapat replacement on the spot. Kelles uollss... Hape, ingat aku tak laku sangat ke nak hadap mamat yang sama je takleh move on? LoL 😄

Anyway, sama ke tak sama ke wedding aku tetap gak proceed 7 Januari 2017 tu. Sapa yang aku dah jemput tu harap-harap korang sudi laa free kan jadual datang ye... Tak buat besar-besar sangat pun... Cukup aku jemput orang yang aku kenal je. Senang nak introduce kat bakal suami. Kang jemput orang aku tak kenal,  confuse jugak kau siapa kan... Nanti kecik hati pulak sebab aku tak kenal... Pastu emo kat fesbuk dengan status, "apa la pengantin jemput orang tapi nda kenal... Kata kawan bergosip tapi lupa nama sudah..."

Sebut pasal gosip-gosip ni 👀... Eh aku dengar kan makcik psycho tu nak datang Malaysia. Sape berminat nak jumpa dia? Aku? Sorry, aku tak minat nak jumpa pompuan jenis macam tu... Dengar-dengar jugak dia dah jadi janda gitteww... Janda meletops uollss~~ So sesape yang masih single dan berminat dengan Janda Korea, boleh laa contact iolls... Iolls bukan ape, kesian kat "ex-boifren" iolls yang kene layan dier. Maklum laa orang yang takde ape bende nak buat memang suka kacau orang... Dia bukan kira pun orang tu sibuk ke, tengah berak ke, tengah sapu sawang ke, tengah membajak ke... Dia nak kacau, dia kacau je... Bile tak dilayan, sibuk pulak gertak macam-macam. Nasib baik je dia tak kacau aku... Kalau kacau aku, memang aku hantar saka aku je pegi layan dia. Tak berani lettew nak kacau aku...

Okey laa  nanti aku update lain ye... Banyak sebenarnye  hutang aku nak update-update ni... Nak tulis status gini panjang-panjang kat fesbuk, annoying pulak. Baik aku update kat sini je... Sekurang-kurangnye ada la jugak isi untuk stalker aku membaca. Membaca jambatan ilmu. Ilmu pelita hidup. Papaiiii... 😙

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...